Saturday, January 15, 2011

Petua org tua2...

Petua

bl badan rs x sihat baru la nk ingat petua org dl2..nk p hospital malas..sakit x seberapa..tp nk tggu turn tu lg sakit hati jer..
cuba try amalkan petua ni dl la...

Sakit Kepala
Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).

Muntah-muntah
Rebuskan segelas air dengan beberapa kuntum bunga cengkih dan minum airnya ketika suam tanpa gula.


Thursday, January 13, 2011

Resepi Kerutup Udang

Di tengah hari Jumaat ni..lunch hour la plak..tgh lapar kan...
ni nk share 1 resepi yg telah di share oleh kwn kpd ku...sharing is caring kan...
lapar tgk udang tu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa
A...
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar
B...
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

C...
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar

CARA MEMBUATNYA :-)


1.       Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
2.       Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
3.       Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.
4.       Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka....Sedapppp!!


dan inilah hasilnya...
Kerutup Udang yg sedap

Wednesday, January 12, 2011

Aku Wanita

Sebagai perempuan tentulah aku ada naluri keibuan yg semula jadi. Keinginan utk menjadi seorang ibu melonjak2...tu yg aku harapkan selepas kawen dl...

Setiap sesuatu yang terjadi ada hikmah yg telah ditetapkan Allah. Hati ni dh redha terima qada' & qadar Allah. Allah xkn menguji hambanya lebih daripada kemapuannya menghadapi ujian itu.

Tapi hati ni tersentuh bila suami meluahkan perasaan...
"bila kita nk ada anak? sorg pun jadilah"
Sedih pulak hati ni mendengarnya...
Sabar la B, kita dh usaha mcm2...usaha & tawakal la bnyk2.

tgk berita kes buang bayi sakit hati ni..senang sgt ke diorg tu nk pregnant? x sakit ke besalin? dh bawak perut 9 bln pastu buang. berbaloi ke...??

Lps ni klu ada sesiapa yg ada niat nk buang bayi tu ingatlah masih ada org yg sudi nk jaga anak tu.

Hati oh Hati

Bukan setakat menagis dlm hati je..tp dh basah bantal yg aku peluk. Hati ni dalam kerisauan dan kerinduan. Banyak perkara yang aku fikirkan. Ayah dan kesihatannya, mak yg sibuk dgn kerja & mengurus keluarga, adik2 aku, atok.
Bl tau nenek aku ( aku panggil tok) x sihat x tahan hati ni. mungkin pd luaran nampak aku mcm x kisah tp hati aku sapa yg tau. Aku yg dibesarkan tok dr kecik. Lebih2 lagi aku cucu sulung. Manja.

Dr dulu aku ada impian nk buat utk tok tp x kesampaian. Kerana aku cucu sulung aku nk jadi yg pertama gak bg cicit pd tok..tp bkn rezeki aku...skg tok dh ada 2 org cicit dr sepupu aku dan aku, masih belum ada rezeki lg..harap aku dapat peluang bg tok dukung anak aku...(ini gak yg aku harapkan utk ayah)

Tok, Atie harap tok sihat.

Monday, January 10, 2011

Waiting for our babies

Begitu banyak mulut2 yang ringan betanya "dh berisi ke"? "bila nk beranak"?
Klu bertanya tu sekadar nk buat pemanis mulut, lupakan jelah niat baik tu.

Jika anda menganggap pertanyaan anda tu tanda keperihatinan dan ambil berat anda terhadap diri ini sebenarnya anda benar2 silap perhitungan. Jelas sekali anda tak sensitif terhadap perasaan orang yg melaluinya.

Mungkin x salah bertanya, mmg x salah betanya tapi pertanyaan seperti itu ditujukan kepada kami pasangan yg belum mendapat rezeki utk menimang cahaya mata bagai kan bisa yg x berpenawar dan terus menusuk kehati. Tak ada pasangan yg dh berkahwin yg tak mahukan anak cuma rezeki blm menyebelahi.

Doakan lah kebahagian kami berkekalan walaupun tanpa zuriat. Janganlah kami goyah dengan ujian kecil ini kerana masih banyak yg perlu kami tempuhi pada hari mendatang.


Kerinduan

Kerinduan pada ayah & mak
Memang sentiasa rindu, lebih2 lagi dgn keadaan ayah yang sakit tu. Aku kat sini sentiasa risau. Ada masa x dapat ditahan perasaan ni, aku akan menyorok dari suami dan menagis sorg2 dlm bilik.

Kakak harap ayah kuat lawan penyakit ayah dan terus bersama kami, sekurang2nya untuk menatap cucu ayah. Doakan rezeki kakak cepat. Semoga kakak dapat bahagiakan ayah & mak.


Esok ayah ada appointment kat Hospital Ampang, harap segalanya baik2 je. Risau bila mak bgtau hidung ayah sentiasa berdarah, dh 2 bln dh ni...

So so sweet...


Percutian pertama selepas hampir 5 tahun...
Sgt enjoy masa ni..happy tgk kwn2 happy...
Aku, A'an & Mish
Perkara pertama yg kami buat spi je kat chalet...
posing dl...lps ni blh jalan2 kat beach
Aku & A'an kat lumut...
beberapa ketika sblm kami naik feri ke Pangkor

Depan entrance hotel..aku suka bangau tu..cute walaupun x hidup..

Kat sini lah kami menginap 3 hari 2 malam
Puteri Bayu Beach Resort

Sempat lg nk snap gbr masa ni..tgh tggu bot nk p island tours & snorkelling


Bot dh spi... Island Boyz Watersport