Begitu banyak mulut2 yang ringan betanya "dh berisi ke"? "bila nk beranak"?
Klu bertanya tu sekadar nk buat pemanis mulut, lupakan jelah niat baik tu.
Jika anda menganggap pertanyaan anda tu tanda keperihatinan dan ambil berat anda terhadap diri ini sebenarnya anda benar2 silap perhitungan. Jelas sekali anda tak sensitif terhadap perasaan orang yg melaluinya.
Mungkin x salah bertanya, mmg x salah betanya tapi pertanyaan seperti itu ditujukan kepada kami pasangan yg belum mendapat rezeki utk menimang cahaya mata bagai kan bisa yg x berpenawar dan terus menusuk kehati. Tak ada pasangan yg dh berkahwin yg tak mahukan anak cuma rezeki blm menyebelahi.
Doakan lah kebahagian kami berkekalan walaupun tanpa zuriat. Janganlah kami goyah dengan ujian kecil ini kerana masih banyak yg perlu kami tempuhi pada hari mendatang.
No comments:
Post a Comment